Hadith 1
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku
telah dikurniakan dengan lima perkara yang
istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa
pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang
Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada
bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka
berbuka puasa".
Allah
mempersiapkan serta menghiasi jannah yang khas
setiap hari dan kemudian berfirman kepadanya: "Masanya
telah hampir tiba bilamana hamba-hambaKu yang taat
akan meninggalkan segala halangan-halangan yang besar
(di dunia) dan akan mendatangimu."
Pada
bulan ini syaitan-syaitan yang durjana dirantaikan
supaya tidak menggoda mereka ke arah maksiat-maksiat
yang biasa mereka lakukan pada bulan-bulan selain Ramadhan.
Pada malam terakhir Ramadhan (orang-orang yang berpuasa ini)
akan diampunkan." Maka sahabat-sahabat Rasulullah
SAW pun bertanya: "Wahai Pesuruh Allah, adakah itu
malam lailatul Qadar?" Dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Tidak, tetapi selayaknya seorang yang beramal itu
diberi balasan setelah menyempurnakan tugasnya."
Hadith 2
Ubadah
Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW
bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir
menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan,
di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan
keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa
kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas
perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang
besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat.
Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu.
Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia
yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan
ini."
Hadith 3
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap
hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah
Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali
roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang
Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti
akan diterima."
Hadith 4
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Terdapat
tiga jenis orang yang doa mereka tidak ditolak;
doa daripada orang yang berpuasa sehinggalah dia
berbuka puasa; imam (penguasa) yang adil, dan orang
yang dizalimi yang kerana doanya itu Allah mengangkatnya
melepasi awan dan membuka untuknya pintu-pintu langit dan
Allah berfirman: "Daku bersumpah demi kemuliaanKu,
sesungguhnya Daku pasti menolongmu walaupun pada
suatu masa nanti."
Hadith 5
Ibn Umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya
Allah dan para malaikatNya mengirim rahmat ke atas
mereka yang memakan sahur."
Hadith 6
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa
berbuka satu hari di siang hari bulan Ramadhan
tanpa alasan yang wajar (disegi syariah) atau sakit yang kuat,
tidak akan dapat menampung atau mengganti hari tersebut
walaupun akan berpuasa sehingga ke akhir hayatnya."
by, http://www.darulnuman.com